Ni apa ceritanya kat sini?

Telefon Jadi Pemantau Kesihatan


Telefon bimbit pintar boleh menggantikan alat-alat seperti pemantau degupan jantung dan mikroskop, menurut kajian terbaru Institut Politeknik Worcester (WPI) di Amerika Syarikat. 

Penyelidik berjaya membuktikan data tepat boleh diperolehi hanya dengan mengimbas jari pesakit di kamera telefon Motorola Android, iaitu sama tepat dengan menggunakan pengimbas besar dan mahal di hospital. 

Saintis juga menunjukkan bagaimana iPhone boleh digunakan sebagai mikroskop. 

Menurut WPI, lampu kamera telefon bimbit boleh menembusi kulit dan bukan hanya mampu mengesan degupan jantung tetapi juga ritma degupan, pernafasan dan tahap oksigen dalam darah dengan ketepatan seperti alat hospital. 

"Telefon bimbit pintar membolehkan pesakit untuk melakukan pemantauan tepat di mana jua mereka berada dan oleh sebab itu, pesakit tidak perlu sentiasa ditahan di wad hospital," menurut penyelidik. 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...