Ni apa ceritanya kat sini?

Klon Osama Saman FBI


Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden 

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu. 

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan. 

Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam. 

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser. 

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu. 

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya. 

Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu. 

Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa ‘kesal dan kecewa’ dalam isu berkenaan. 

Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama. 

Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...