Ni apa ceritanya kat sini?

Kapsul Versi Bahtera Nabi Noh Untuk Mangsa Tsunami


TOKYO: Sebuah syarikat kecil Jepun mencipta kapsul terapung seperti bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami lafu, kata laporan berita. 

Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP. 

Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan. 

Ia mempunyai tingkap kecil dan mempunyai ruang udara di bahagian atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak. 

Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times. – Agensi/ AP. 




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...