Ni apa ceritanya kat sini?

Steve Jobs Mati Kerana Masalah Pernafasan


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Punca rasmi kematian pengasas bersama firma Apple Corp., Steve Jobs (gambar) didedahkan kepada umum kelmarin. 

Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis peringatan persendirian dirancang diadakan di ibu pejabat firma berkenaan di Lembah Silikon khusus untuk kakitangan Apple Corp. 

Satu salinan sijil mati Jobs yang didedahkan kepada umum kelmarin menyatakan bahawa pengasas bersama Apple itu meninggal dunia kerana masalah pernafasan akibat kanser pankreas yang dihidapinya merebak pada organ-organ lain. 

Beberapa pegawai kesihatan tempatan dilaporkan mengesahkan bahawa Jobs berada di rumahnya di bandar Palo Alto, California Utara pada 5 Oktober lalu apabila pernafasannya terhenti disebabkan tumor kanser dalam pankreasnya. 

Menurut petikan beberapa dokumen di internet, tiada prosedur autopsi dilakukan dengan Jobs dikebumikan pada Jumaat lalu di sebuah tanah perkuburan tempatan. 

Pekerjaan Jobs dicatat oleh koroner dalam kertas laporannya sebagai usahawan. 

Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas bergelut dengan penyakit kanser yang dihidapinya selama beberapa tahun. - AFP 

Sumber  


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...