Tweet |
TOKYO - Burung gagak boleh membezakan bentuk simbol yang mewakili kuantiti berlainan, menurut satu kajian terbaru di Jepun.
Dalam satu eksperimen yang dijalankan, burung bijak itu berjaya memilih bekas yang mengandungi jumlah makanan paling banyak melalui nombor yang diletakkan pada penutup bekas.
Pakar haiwan Universiti Utsunomiya, Shoei Sugita berkata, penemuan terbaru itu membuktikan burung gagak mempunyai kebolehan mengenal angka sama seperti manusia.
"Kami mahu mendedahkan lebih banyak kebijaksaan gagak yang tidak diketahui manusia," katanya.
Tahun lalu, saintis dari universiti sama melaporkan burung gagak berupaya membezakan wajah manusia lelaki dan wanita.
No comments:
Post a Comment