Ni apa ceritanya kat sini?

Kisah Cinta Pasangan Pejuang Palestin

Dari kiri: Ahlam Al-Tamimi dan Nizar Al-Tamimi. 

Dari Penjara Ke Kenduri Kahwin (Sinar Harian) 

TEBING BARAT - Si pemuda dikaitkan dengan Fatah, dan si gadis pula dikaitkan dengan Hamas, jadi kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Israel. 

Tetapi hari ini, Nizar Al-Tamimi, 38, dan Ahlam Al-Tamimi, 31, telah bebas dan akan melangsungkan perkahwinan di Amman, Jordan. 

Keluarga Nizar yang menetap di bandar Nabi Saleh, Tebing Barat tidak sabar menanti kepulangan anak lelaki mereka yang dibebaskan daripada penjara sebagai sebahagian daripada perjanjian rundingan antara Israel dan Hamas, bulan ini. 

Nizar dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menyertai operasi anti-Zionis pada 1990-an. 

Ahlam, yang menjadi anggota wanita pertama dalam sayap ketenteraan pejuang Hamas, dipenjara kerana memberi bantuan kepada Hamas dalam satu operasi pada 2001. 

Wanita itu menyertai badan ketenteraan Hamas kerana tidak berpuas hati dengan proses rundingan damai Palestin-Israel serta selepas menyaksikan pelbagai kekejaman rejim Zionis semasa dia bertugas sebagai wartawan.

“Kisah Nizar, daripada kumpulan Fatah dan Ahlam, daripada Hamas, menunjukkan realiti sebenar perpaduan rakyat Palestin,” menurut Mahmoud, abang kepada Ahlam dalam temu ramah dengan agensi berita AFP. 

“Perpecahan yang dunia lihat kini hanyalah antara dua kerajaan Palestin,” katanya lagi.

Mahmoud yang bercerita bagi pihak Ahlam berkata, dia dan adiknya ditangkap Israel semasa Ahlam dalam tahun ketiga di Universiti Bir Zeit, Tebing Barat. 

“Saya menerima hukuman penjara empat tahun, tetapi Ahlam dijatuhi 16 hukuman penjara seumur hidup,” kata Mahmoud lagi. 

Menurut Mahmoud, dia bertemu Nizar di dalam penjara dan bakal adik iparnya itu menghantar surat kepada Ahlam setiap hari. 

“Surat ini membawa mesej mengenai cinta dan kemahuan terhadap tanah air serta kebebasan,” katanya. 

Bakal pengantin itu pernah bertemu hanya sekali, iaitu apabila Ahlam melawat Nizar di di penjara, sebelum dia sendiri ditahan. 

Keluarga Nizar kemudian meminang Ahlam semasa perjumpaan keluarga mereka, tanpa kehadiran kedua bakal suami isteri itu. 

“Perkahwinan ini bukan ditentukan keluarga kami tetapi atas permintaan Nizar dan Ahlam sendiri. Mereka membentuk ikatan kuat melalui surat-surat ini walaupun keadaan sangat sukar,” tambah Mahmoud lagi. 

Kakak Ahlam, Iftikhar Aref berkata, keluarganya tidak pernah meletak harapan adiknya dan Nizar akan dibebaskan rejim Israel. 

“Apabila mendapat tahu kedua-dua mereka menjadi sebahagian daripada perjanjian pertukaran antara tahanan Palestin dan seorang askar Israel, kami mula mengatur majlis untuk mereka di Jordan,” katanya. 

Pasangan itu terpaksa berkahwin di Jordan kerana Ahlam dihantar ke negara itu oleh rejim Zionis dan dilarang memasuki Palestin. 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...