Ni apa ceritanya kat sini?

Selena Gomez Hadiah Peminat Kek Cawan


VICTORIA 15 Okt. - Selena Gomez membuat kejutan kepada peminatnya apabila menghadiahkan kek cawan ketika mereka sedang beratur untuk menonton persembahan penyanyi dan pelakon remaja Amerika Syarikat itu di Victoria, Kanada, kelmarin. 

Peminat yang beratur selama berjam-jam bagi mendapatkan tempat menyaksikan 'kelibat' Gomez tidak menyangka bahawa penyanyi itu sanggup menemui dan menyerahkan sendiri kek cawan bertemakan Halloween sebagai menghargai sokongan mereka. 

Gomez berada di Kanada bagi menjayakan beberapa persembahan di sana dan memulakannya dengan konsert di Save-On-Foods Memorial Centre. 

Sementara itu, menerusi laman Twitternya, Gomez melahirkan rasa teruja berada di Kanada untuk membuat persembahan di depan peminat-peminatnya. 

"Baru saja tiba di Kanada, suasana di sini amat indah. Sangat teruja untuk memulakan konsert jelajah Kanada, We Own The Night! 

"Saya amat bersemangat sekarang ini dan telah membeli beberapa kek cawan untuk peminat-peminat saya," katanya. - AGENSI 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...