Ni apa ceritanya kat sini?

Bayi Tiga Tangan Dilahirkan di Pakistan

Bayi perempuan yang baru berusia lima hari ini dilahirkan dengan tiga tangan, kes yang berlaku satu dalam sejuta kelahiran. - AGENSI

Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan di sini (Multan, Pakistan) menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana memiliki tiga tangan, kes yang hanya berlaku satu dalam sejuta kelahiran. 

Bayi yang baru berusia lima hari itu mempunyai sepasang tangan sempurna di sebelah kiri dan kanan serta satu lagi tangan yang bersambung di bahagian belakang berdekatan saraf tunjang. 

Bapanya, Waqar Ahmed, dari perkampungan Tuansa Sharif, daerah Dera Ghazi Khan, di sini membawa bayi itu ke hospital selepas dilahirkan Isnin lalu. 

Bayi itu kemudian dirujuk ke Hospital Nishtar bagi mendapatkan pandangan pakar untuk proses pembedahan membuang tangan ketiganya. 

Dr. Ghulam Shabbir berkata, bayi perempuan itu mengalami keadaan luar biasa yang dipanggil polymelia, yang mana seseorang itu dilahirkan dengan anggota tangan atau kaki yang lebih. 

Keadaan tersebut berlaku apabila sel tidak terbentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio di dalam rahim. 

Beliau berkata, seandainya pembedahan membuang tangan ketiga itu dijalankan, ia menjadi yang pertama dilakukan hospital tersebut. 

Awal bulan ini, seorang bayi lelaki, Umar Farooq yang dilahirkan di Sukkur, Pakistan mempunyai enam kaki. 

Bagaimanapun, bayi itu selamat menjalani pembedahan membuang kaki berlebihan selama lapan jam di sebuah hospital di Karachi, pada 19 April lalu. - AGENSI 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...