Tweet |
Pertandingan laga lembu jantan di Korea Selatan tidak melibatkan matador seperti yang terdapat di Sepanyol.
Lembu jantan yang bertanding itu mempunyai berat antara 600 kilogram (kg) hingga lebih 800kg.
Haiwan-haiwan itu berlaga di gelanggang pasir di bandar Cheongdo, dua jam pemanduan dari bandar raya Seoul.
Terkenal sebagai hiburan dalam kalangan penduduk kampung di Korea Selatan, sukan laga lembu kini semakin malap ditelan arus kemodenan tetapi beberapa festival seperti Festival Tahunan Laga Lembu Cheongdo banyak membantu untuk mengekalkan tradisi berkenaan.
Sebanyak 96 ekor lembu jantan bertanding untuk merebut gelaran lembu paling gagah sekali gus pemilik haiwan itu menggondol hadiah wang tunai AS$6,200 (RM19,021) pada festival berkenaan yang berlangsung dari 18 hingga 22 April ini.
"Apabila saya bangkit daripada tidur, saya akan melatih lembu-lembu jantan saya dengan membiarkan ia menarik beberapa tayar. Saya juga akan memberikan lembu saya makan bubur yang berkhasiat," kata seorang pemilik ladang ternakan di sini, Lee Jin-gu.
Menurutnya, lembu-lembu akan berlaga selama tiga minit dengan haiwan yang berundur akan dikira kalah manakala pemenang akan mara ke pusingan seterusnya.
Lelaki berusia 59 tahun itu berkata, pertandingan laga lembu di sini juga lebih 'berperikemanusiaan' berbanding sukan lawan lembu di Sepanyol kerana haiwan tersebut tidak dibunuh oleh matador. - Reuters
[Sumber]
wow!!!ganasnyer tengokk..heheh
ReplyDeletepjaz singgah sini ^^
kalau nk domain terbaik singgahla kat netkl.com =)
servis diorang mmg cepat ^^
@cikpjaz haa...tu la pasal...
ReplyDeletethanx singgah dan follow, dan juga info pasal domain yang saya tanya kat blog saudari ^_^