Ni apa ceritanya kat sini?

First Time Dapat Cek Dari Churp Churp :)


Assalamualaikum pada semua.... tetiba pulak tergerak hati aku ini nak bercerita pasal aku dapat cek dari Churp Churp nih.... Cerita dia macam ni, beberapa hari lepas, kalau tak silap, hari Isnin, posmen hantar 2 surat, salah satunya, surat dari Churp Churp... Sekali pandang, surat yang aku maksudkan itu, ber"envelop" besar, kaler putih, tidak bertulis apa-apa pun kat luar, kosong. Tapi, aku agak, ini mesti dari Churp Churp nih, sebab dah lama rikues cashout ni... dah dekat 2 bulan dah....huhu... lama tuu... 

Eksaitet punya pasal, apa lagi, amik gambar cek tadi dengan hp SE W8 aku, banyak kali. Tu pun, banyak jugak gambar yang gelap, blur.... Kena pilih satu gambar yang agak baik sikit, untuk diedit.... Crop, letak watermark (tulisan URL blog), ejas "brightness and contrast" gambar cek, seperti gambar di atas. OK tak? :D  Kononnya, nak aplot gambar cek kat FB Churp Churp, bukti cek yang aku dapat ni, dah selamat sampai ke alamat yang dituju (rumah aku!) Tapi hanya selepas aku postkan entry yang korang tengah baca sekarang ni...

Tak habis lagi eksaitet aku nih.... besoknya (hari Selasa), cek tadi aku bawak ke kedai 'suratkhabar lamaa!' (acah jer!) untuk difotostat, simpan untuk diri sendiri, nak 'buat kenangan'. Dan lepas tu, scan pulak cek tadi kat kedai komputer, sebab gambar scan lagi cantik dari gambar kamera hp aku... huhu... 'Peristiwa' fotostat dan scan cek Churp Churp itu 'berlaku' bila aku 'merayau' di bandar Triang, Pahang... Tu jer... Yang belum, cuma tunaikan cek dan masuk buku akaun bank saja..... Takpe la, kalau boleh, nak buat, minggu depan la....

Camtu la citer aku bila dapat cek dari Churp Churp nih... OK, kalau korang tengok pada gambar kat atas tu, itulah hasil pertama yang aku dapat dengan Churp Churp. Itu pun, tak sampai 2 tahun aku 'main Churp Churp' kat internet... Kat facebook, twitter, memang tak boleh belah, itulah  'port' wajib buat kaki on9 nih. Kalau kat blog, bukan setakat post berkaitan iklan Churp Churp saja, siap buat tutorial lagi. Kadang-kadang, ada jugak saja-saja share kat google+.... Tapi, tak kisah la, dengan cashout pertama yang aku rikues sehinggalah adanya sekeping cek ditangan, bertambah semangat diriku ini untuk aku teruskan 'kegilaan' aku ini, seperti biasa. Apa yang penting, harap-harap, cashout yang ke-2 akan datang nanti, lebih tinggi dari apa yang aku dapat setakat ini. Insya Allah. :) 


4 comments:

  1. wah awk mcm best jer kan...on9 jer boleh dapat duit..ermm sy pun jeles..nak buat jgk lah...heheh

    ReplyDelete
  2. @restu bulan mish miera alolo siannya... mesti la best, hihi... bab2 nak buat duit, sapa tak nak, kan?
    buat jer... biasa la, benda2 camni, sapa tak jeles... dulu saya pun jeles jugak tgok org lain buat camni...
    hehe

    ReplyDelete
  3. best nyee.. tp sy dh lm buka akaun churpchurp, smpai skrg msh x dpt pe2 pun.. =_=''

    ReplyDelete
  4. @wasabi onee-san kesian... sy pun x tahu nak cakap apa, dah rezeki masing2... cuma kena usaha lebih la jawabnya...

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...