Ni apa ceritanya kat sini?

Organisma Hidupan Tertua Ditemui

Saintis menemui Collodictyon, organisma hidupan tertua yang ada kaitan dengan manusia selepas menjalankan kajian selama dua dekad.

Sekumpulan saintis menemui satu daripada organisma hidupan tertua dan mempunyai kaitan dengan manusia selepas dua dekad menjalankan penyelidikan ke atas sejenis mikroskopik yang tinggal di sebuah tasik di Norway. 

Organisma yang dipanggil Collodictyon itu turut dikelaskan dalam kategori baru kerana ia didakwa bukan haiwan, tumbuhan, parasit, kulat atau alga. 

Penyelidik dari Universiti Oslo, Dr. Kamran Shalchian-Tabrizi berkata, penemuan organisma satu sel yang wujud kira-kira berbilion tahun dahulu dianggap sebagai sesuatu yang sangat unik. 

"Setakat ini, kita belum menemui kumpulan organisma yang dekat dengan kehidupan manusia selain spesies ini," katanya. 

Saintis percaya penemuan ini akan memberi satu dimensi baru mengenai kehidupan di bumi beratus-ratus juta tahun dahulu. 

Collodictyon hidup di sebuah tasik kecil berlumpur bernama As, 30 kilometer dari sini dan memiliki empat ekor seperti kipas yang digunakan untuk bergerak yang dipanggil flagella

Struktur organisma tersebut mengandungi sel nuklei yang dilitupi membran, yang membuatkan ia tidak menyerupai bakteria, namun lebih kepada eukaryotes yang wujud pada tumbuhan, kulat, alga dan haiwan, termasuk manusia. 

Menggunakan karakteristik tersebut, Dr. Tabrizi beranggapan, Collodictyon merupakan makhluk yang mempunyai struktur seperti jejari yang digunakan bagi menangkap mangsa dan ia juga merupakan sejenis organisma menyendiri. 

"Penemuan ini sangat menakjubkan selepas beberapa tahun kajian dijalankan," katanya yang membiakkan berjuta-juta organisma ini bagi tujuan kajian. - AGENSI 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...