Ni apa ceritanya kat sini?

Aplikasi Android Ukur Radiasi Telefon Bimbit

Aplikasi Android ini mampu mengesan paras radiasi dari telefon bimbit yang meningkat dan ia seterusnya akan meminta pengguna menjauhkan telefon bimbit atau menggunakan pembesar suara.
Satu aplikasi baru Android boleh memberitahu pengguna mengenai berapa banyak radiasi elektromagnetik yang dipancarkan telefon bimbit ke otak, sekali gus memberi amaran bila sepatutnya ia dijauhkan. 

Bagaimanapun, aplikasi yang dinamakan Tawkon itu tidak akan dinikmati oleh pengguna iPhone selepas pengasasnya, mendiang Steve Jobs dilapor menolaknya dengan memberi alasan 'tidak berminat.' 

"Tawkon merupakan aplikasi percuma yang memberi amaran kepada penggunanya apabila paras radiasi daripada telefon bimbit meningkat. Ia turut memberitahu cara untuk mengurangkannya," kata seorang daripada pengasas aplikasi tersebut, Amit Lubovsky. 

Menurutnya, aplikasi itu akan mengesan aktiviti komponen terlibat yang mengundang peningkatan paras radiasi dan seterusnya akan mencadangkan kepada pengguna supaya menjauhkan telefon dari telinga atau menghentikan perbualan. 

Aplikasi itu dikatakan telah dimuat turun sehingga 10,000 kali dalam masa kurang seminggu. 

Lubovsky berkata, setiap telefon sememangnya tersedia dengan keperluan melindungi penggunanya, namun pengguna tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya. 

Justeru, Tawkon yang dilancarkan pada bulan lalu bertindak mengumpul maklumat yang terkandung dalam telefon bimbit dan mencadangkan agar pengguna mengambil langkah menjauhinya. 

Walaupun sehingga kini tiada bukti kukuh mengenai kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan kesihatan, namun Agensi Perlindungan Kesihatan (HPA) memberi amaran mengenai risiko dalam tempoh 15 tahun akibat pendedahan kepada radiasi. - AGENSI 

[Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...