Ni apa ceritanya kat sini?

Implan Mata Bantu Pesakit Buta

Mikrocip empat segi sama ditanam di kawasan retina.

Pesakit yang menderita retinitis pigmentosa (penyakit akibat kerosakan retina dan boleh menyebabkan buta) kini boleh melihat kembali dengan ciptaan baru penyelidik di Universiti Oxford. 

Mikrocip mata bionik empat segi sama berukuran tiga milimeter mengandungi 1,500 pengesan cahaya yang ditanam di belakang mata itu membolehkan pengguna mengesan garis besar objek dalam masa beberapa hari. 

Eksperimen tersebut dijalankan ke atas Chris James, 54, yang berjaya melihat semula dan boleh mengesan halangan di sekitar selepas buta sejak 10 tahun lalu. 

“Ia agak mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan objek yang dilihat. Saya berharap tahap penglihatan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya. 

Profesor bidang oftalmologi dan perunding pakar bedah retina di Hospital Mata Oxford, Robert Maclaren berkata, keputusan kajian mereka menunjukkan ia melepasi jangkaan kerana pesakit mendapat penglihatan penuh mereka. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...