Ni apa ceritanya kat sini?

Dua Jurutera Cipta Dron Sebagai Hobi

Oesterer (kanan) yang berdiri di sebelah Harrison mengggunakan alat kawalan jauh bagi mengawal pergerakan dron di sebuah taman di Berkeley pada Rabu lalu.
Oesterer (kanan) yang berdiri di sebelah Harrison mengggunakan 
alat kawalan jauh bagi mengawal pergerakan dron 
di sebuah taman di Berkeley pada Rabu lalu. 


BERKELEY, Amerika Syarikat (AS) - Dua jurutera perisian komputer, Mark Harrison dan Andreas Oesterer mencipta beberapa buah dron yang merupakan pesawat tanpa juruterbang selebar 1.35 meter di sini. 

Sebuah kamera kecil diletakkan pada dron itu untuk merakamkan gambar dari udara. 

Bagaimanapun, masa mereka lebih banyak tertumpu untuk membetulkan wayar dan perisian dron tersebut. 

Masalah itu berlaku kerana dron ciptaan mereka itu banyak menggunakan kuasa bateri. 

Mereka kerap menguji dron tersebut yang bergerak dengan menggunakan alat kawalan jauh di sebuah taman di sini. 

Kedua-dua jurutera itu merupakan sebahagian daripada pencipta dron untuk tujuan hobi. 

Ketika ini, dron dikenali sebagai sebuah pesawat tanpa juruterbang yang membawa peluru berpandu dan melakukan kerja-kerja pengintipan. - Agensi 

Sumber : Kosmo 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...