Tweet |
Puisi Ahli Internet...
Segalanya ada di hujung jari
Maklumat dengan mudah diperolehi
Jadilah internet sebagai mufti
Google sebagai kitab yang berkualiti
Youtube menjadi guru yang dipercayai
Kemudian merasakan apa yang ada sudah mencukupi
Orang yang tidak sealiran dimaki
Padahal hujah dia kuat lagi
Sudah banyak hujah didatangi
Dia masih menyombong diri
Hatinya telah dikotori
Dengan sebab kurang ngaji
Merasakan sumber internet sudah mencukupi
Sehinggakan tidak mahu keluar untuk meneliti
Mencari kebenaran yang sepatutnya dipraktikkan hari ini
Kemudian kesalahan orang terus dicari
Perkara yang sudah selesai, topiknya diulang lagi
Kerana tidak berpuas hati
Benda khilaf terus dibangkiti
Debat masih diteruskan bagai mengalirnya sungai
Walaupun sudah berulang kali
Sehingga orang muntah ikan keli
WOIII..!! TAK DE TAJUK LAIN KE OII??
Bila berkata yang betul hanya pada diri
Yang lain salah terus dicaci
Merasakan orang lain lebih bodoh lagi
Merendahkan orang yang tidak sealiran sampai ke lantai
Kemudian memaksa orang terima apa yang dia hujahi
Benda khilaf tak nak dihormati
Kemudian diri menjadi sesat dan menyesatkan lagi
Pertikaikan pandangan yang dirinya tidak tidak selari
Padahal ia dengan kemas ia boleh dipakai
Belajar sedikit merasakan diri menjadi pandai
Apa yang terpapar di internet bulat-bulat dipercayai
Tidak mahu merujuk kepada yang lebih ahli
Kemudian buat pemahaman sendiri
Akhirnya buta yang mana keledek, yang mana petai
Sedarlah diri wahai wahabi
Walaupun diri tidak mahu mengakui
Rujukan internet tidak mencukupi
Cara betul adalah bertalaqqi
Agar ilmu mudah diresapi
Membawa kesejahteraan dulu, selamanya dan kini
Keluar berjalan ilmu dicari
Membawa kepada pemahaman yang dikehendaki
Sesiapa terasa marah jangan didahului
Kerana ini teguran dari saudara jauhari
Yang peka dengan apa yang terjadi
Terimalah ia dengan melapangkan dada dalam diri
Supaya kita diberkati
Oleh Allah Yang Maha Mengasihani.
Sumber : Facebook
No comments:
Post a Comment