Ni apa ceritanya kat sini?

Bina arca bangunan dengan gula-gula getah

Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan.
Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan teliti
bagi mendapatkan bentuk geometri bangunan. 

Seorang guru sanggup meluangkan masa tiga bulan untuk menyiapkan struktur bangunan geometri dengan menggunakan 4,000 keping gula-gula getah. 

Jeremy Laffon, 34, dari Marseilles, Perancis membina struktur kompleks geometri berukuran dua meter lebar dan hampir tiga meter panjang sebelum diruntuhkan secara perlahan. 

“Gula-gula getah ini disusun dan dipasang dengan penuh teliti. Saya menggunakan air liur dan gam sebagai pelekat untuk mencantumkan kepingan gula-gula getah ini,” katanya menurut laporan DailyMail. 

Menurutnya, ia merupakan arca simbol kekecewaan yang mana pembinaannya dilakukan bertujuan untuk melihat arca tersebut runtuh dengan perlahan dan penuh berseni. 

Sebanyak 4,000 keping gula-gula getah disusun rapi.
Sebanyak 4,000 keping gula-gula getah disusun rapi. 

“Ilham untuk membuat arca ini tercetus selepas saya dijemput untuk mengajar di sebuah sekolah seni yang penuh dengan pelajar. Saya mencari alternatif untuk memuatkan kesemua pelajar tersebut ke dalam satu kelas dan dari situ timbul idea tentang formula ruang dan kepadatan,” katanya. 

Menurutnya, beliau terpesona dengan pembinaan sebuah rumah kad dan memutuskan untuk mewujudkan arca yang sama dengan menggunakan bahan yang belum pernah digunakan sebelum ini. 

“Gula-gula getah adalah tidak stabil dan satu usaha sukar untuk membuat struktur binaan ini,” katanya. 

Beliau berkata, kepuasan hanya dapat dicapai tatkala melihat keseluruhan struktur binaan itu runtuh secara perlahan. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...