Ni apa ceritanya kat sini?

'Little Psy' mahu cipta populariti

GAMBAR yang dirakamkan dari muzik video Oppa Gangnam Style di YouTube menunjukkan Hwang Min-woo menari bersama Psy.
GAMBAR yang dirakamkan dari muzik video Oppa Gangnam Style
di YouTube menunjukkan Hwang Min-woo menari bersama Psy. 

Budak menari dalam muzik video Psy mahu cipta populariti 

Seorang budak lelaki yang menari di sebelah Psy menerusi muzik video Oppa Gangnam Style berhasrat mahu mencipta populariti seperti yang dikecapi penyanyi rap Korea Selatan itu. 

Little Psy atau nama sebenarnya Hwang Min-woo bakal melancarkan sebuah lagu pop elektro pada minggu depan melalui iTunes. 

Bintang berusia tujuh tahun itu turut membuat persembahan pada sidang akhbar di Korea Selatan kelmarin. 

Dia merupakan bintang terbaharu yang muncul dalam industri hiburan pop Korea. 

Ibu Min-woo berasal dari Vietnam. 

Klip muzik video Oppa Gangnam Style yang menunjukkan Psy, 35, menari tarian kuda mencatatkan lebih 1.39 bilion tontonan di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada Julai tahun lalu. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...