Ni apa ceritanya kat sini?

Enjin carian Google mengenai Sabah digodam penyokong pengganas

PENGGODAM menyiarkan maklumat tentang Sabah yang bukan merupakan negeri yang sah milik Malaysia di enjin carian Google semalam.
PENGGODAM menyiarkan maklumat tentang Sabah yang bukan
merupakan negeri yang sah milik Malaysia di enjin carian Google
semalam. 

KUALA LUMPUR - Para penyokong kumpulan pengganas Sultan Sulu yang menceroboh Sabah baru-baru ini telah menggodam enjin carian Google. 

Penggodam itu menyiarkan maklumat bahawa Sabah bukan negeri yang sah di Malaysia. 

Hasil keputusan carian enjin itu juga memaparkan keratan kenyataan tersebut yang diambil daripada petikan di laman web Wikipedia. 

"Sabah merupakan salah sebuah daripada 13 negeri di Malaysia dan ia dikuasai secara haram," kata kenyataan tersebut dalam bahasa Inggeris. 

Selain itu, sebuah laman web Kolej Stamford di Malaysia turut digodam pada hujung minggu lalu apabila muka hadapan laman tersebut diganti dengan mesej yang menyatakan: "Masanya telah tiba untuk menuntut kembali apa yang sebenarnya menjadi hak kami." 

Beberapa laman berita portal Filipina mendakwa sejumlah laman web di negara tersebut telah diserang oleh para penggodam pro-Malaysia. 

Sebelum itu, masyarakat Malaysia telah dikejutkan dengan serangan kumpulan pengganas yang mendakwa mereka Tentera Kesultanan Sulu. 

Kira-kira 100 sehingga 300 orang pengganas tersebut mendarat di perairan Sabah pada 12 Februari lalu. 

Pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh sejumlah anggota penceroboh tersebut. 

Bagaimanapun, beberapa anggota polis Malaysia turut terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku melibatkan kedua-dua pihak. 

Pencerobohan itu diketuai oleh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang merupakan adik Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...