Ni apa ceritanya kat sini?

7 perkara JANGAN buat selepas makan!


7 perkara JANGAN buat selepas makan! 

1. Jangan merokok. 

Kajian daripada pakar menunjukkan, kesan menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan mereka yang menghisap 10 batang rokok, jadi kadar untuk mendapat penyakit lebih tinggi. 


2. Jangan makan buah-buahan. 

Memakan buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut kembung. Untuk tips pemakan yang sihat, buah-buahan boleh diambil 1-2jam selepas makan atau 1jam sebelum makan. 


3. Jangan minum teh. 

Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam. 


4. Jangan melonggarkan tali pinggang. 

Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. 


5. Jangan mandi. 

Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita. 


6. Jangan banyak berjalan. 

Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.  


7. Jangan terus tidur. 

Selain akan menyebabkan kenaikan berat badan! ia juga boleh mengundang gastrik di dalam usus kerana ketika tidur, Penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik. 

Sila kongsikan kepada rakan-rakan. ;) 

[Sumber

2 comments:

  1. Alamak selalu juga tidur selepas makan, patutlah selalu gastrik.. :-p

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...