Ni apa ceritanya kat sini?

Angry Birds Toons bakal bersiaran di TV


Angry Birds jadi siri kartun 

HELSINKI - Permainan aplikasi Angry Birds yang menjadi kegilaan ramai bakal disiarkan dalam bentuk siri kartun, hujung minggu ini. 

Jurucakap syarikat yang menghasilkan aplikasi mudah alih popular Rovio berkata, pelancaran siri itu bertujuan memberikan hiburan kepada peminat dan pengikut setia permainan tersebut. 

“Ia akan menampilkan pengembaraan burung yang pernah muncul dalam permainan sebelum ini. 

"Angry Birds Toons boleh dimuat turun melalui perkhidmatan atas permintaan, dan akan disiarkan di saluran televisyen seperti FOX8 di Australia, ANTV di Indonesia, Cartoon Network di India, MTV3 Junior dan MTV3 di Finland,” katanya dalam laporan Reuters. 

Angry Birds telah meluaskan pengaruhnya melalui pengeluaran barangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan watak burung berwarna-warninya itu banyak dijual dan juga boleh didapati pada baju serta produk minuman. 

Disember lalu, Eksekutif Hollywood, David Maisel dilantik sebagai penerbit eksekutif filem animasi 3D yang dijangka diterbitkan pada 2016. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...