Tweet |
Lakaran pelukis menunjukkan kapal angkasa yang akan digunakan untuk membawa sepasang suami isteri ke planet Marikh lima tahun lagi. |
Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion
Cape Canaveral: Sebuah yayasan mahu merekrut seorang lelaki dan wanita, atau pasangan berkahwin, bagi satu perjalanan 501 hari ke Marikh dan kembali semula ke bumi yang dijangka bermula kurang dari lima tahun lagi, kata penganjur projek, semalam.
Misi dijangka menelan belanja lebih AS$1 bilion (RM3.09 bilion) yang akan dibiayai secara persendirian melalui derma dan tajaan.
Pengasas projek, Dennis Tito, seorang jutawan yang membayar AS$20 juta (RM61.8 bilion) pada 2001 untuk perjalanan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) berkata, beliau akan membayar kos permulaan selama dua tahun untuk memulakan pembangunan sistem sokongan hayat dan teknologi kritikal lain.
Jadual dilancar 2017
Pada masa ini, tiada kapal angkasa Amerika Syarikat dalam operasi tetapi beberapa sedang dibangunkan dan dijadualkan dilancarkan menjelang 2017.
Pelancaran bagi misi berkenaan bermula pada 5 Januari 2018. Peluang ini tidak dapat dilaksanakan sehingga 2031,” katanya.
“Jika kita tidak menjadikan ia pada 2018, kita akan mempunyai persaingan pada 2031,” kata Tito kepada Reuters.
“Menjelang tempoh itu, lebih ramai akan mengambil peluang ini,” kata Tito yang mewujudkan Yayasan Inspirasi Marikh untuk menganjurkan misi ini.
Ketua Pegawai Teknikal Projek, Taber MacCallum, berkata industri Amerika Syarikat semakin mencabar.
“Ini cabaran yang kita berani untuk lakukan,” kata Mac-Callum yang turut memantau Paragon Space Development Corp.
“Saya mengambil secara serius untuk mengambil risiko yang kami percaya memberi manfaat kepada rakyat Amerika Syarikat,” katanya.
Kapal angkasa akan dilengkapi dengan ruang seluas 17 meter persegi bagi dua krew. Perancang misi ingin membawa seorang lelaki dan wanita, paling sesuai pasangan berkahwin untuk melakukan cabaran sepanjang tempoh pengasingan yang lama ini.
Kapsul terbabit akan dilengkapi dengan sistem sokongan hayat sama seperti digunakan NASA di stesen angkasa lepas yang akan mengitar semula air, udara, air kencing serta peluh.
Jika berjaya dilancarkan pada 5 Januari 2018, kapsul terbabit akan tiba di Marikh selama 228 hari selepas itu, sebelum berlegar dan kembali semula ke bumi yang akan mengambil masa selama 273 hari. [Sumber]
No comments:
Post a Comment