Ni apa ceritanya kat sini?

Belon dari England ditemui di Australia

Joshua Blackaby menerima sepucuk surat daripada Millie menyatakan belon yang dilepaskan Blackaby di Derby, England suatu ketika dahulu 'mendarat' di Australia.
Joshua Blackaby menerima sepucuk surat daripada Millie menyatakan
belon yang dilepaskan Blackaby di Derby, England suatu ketika dahulu
'mendarat' di Australia. 

DERBY, England - Seorang kanak-kanak lelaki di sini tidak menyangka belon berisi gas helium yang dilepaskannya dari sekolahnya di sini pada Disember lalu ditemui semula di Australia, semalam. 

Joshua Blackaby, 6, terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak perempuan bernama Millie dari Australia yang memberitahunya bahawa belonnya ditemui tersangkut pada sebatang pokok di belakang rumahnya di Kurrajon Timur, New South Wales, kira-kira 80 kilometer dari Sydney. 

Belon tersebut menempuh perjalanan sejauh 16,970.5 kilometer dari Derby ke Australia. 

Belon itu dilepaskan oleh Blackaby dan rakan-rakannya bersama kira-kira 300 belon helium lain ke udara dalam satu projek geografi di Sekolah Rendah Wyndham, di sini. 

Belon rakan-rakannya juga 'terbang jauh' dari destinasi asal apabila sesetengahnya ditemui di Denmark dan Belgium. 

Penyelaras sekolah tersebut, Suzannah Hemmings berkata, kami menggunakan belon sebagai bahan dalam pembelajaran subjek Geografi untuk mengenali keadaan muka bumi dan cuaca. 

"Kami berkemungkinan mendapatkan khidmat pakar bagi mencari jawapan bagaimana belon tersebut boleh merentasi jarak sebegitu jauh," katanya. 

Blackaby turut menyatakan bahawa dia akan membalas surat daripada kawan baharunya itu. 

"Saya terkejut dengan apa yang berlaku, namun gembira kerana berpeluang mempunyai sahabat baharu," ujarnya. [Sumber

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...