Tweet |
Mercedes G63 AMG 6x6 |
Mercedes Benz semalam mendedahkan keluaran terbaru - kereta lasak enam roda, yang pertama sejak model sama dikeluarkan untuk pemimpin Nazi di Jerman pada 1930-an.
Mercedes G63 AMG 6x6 ini adalah model edisi terhad berdasarkan G-Wagon.
Ia direka untuk memiliki keupayaan lasak seperti sebuah kereta kebal, memacu seperti sebuah kereta lumba dan memiliki ciri-ciri mewah seperti sebuah limosin.
Bagaimanapun, pengeluaran kereta 6x6 itu dihadkan kepada 30 unit saja setahun.
Harganya pula, kira-kira RM1.7 juta, menjadikannya model paling mahal syarikat berkenaan dan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding G-Wagon.
Kereta ini dijangka mendapat sambutan hangat di kalangan pembeli di Asia Barat. [Sumber]
No comments:
Post a Comment