Tweet |
HOLMES tersenyum melihat menara domino yang dibinanya. |
Jurutera bina domino tertinggi di dunia
LONDON - Seorang jurutera, Tom Holmes berjaya membina sebuah menara domino tertinggi di dunia, sekali gus mencatat satu rekod baharu dalam Guinness Book of Records, lapor akhbar Mirror kelmarin.
Holmes mengambil masa selama tujuh jam untuk membina struktur menara tersebut yang lebih tinggi daripada sebuah bas di London dengan dengan menggunakan 2,688 keping domino.
Ia juga memerlukan Holmes memberikan tumpuan sepenuhnya dan kesabaran yang tinggi untuk membentuk struktur menara setinggi 5.27 meter itu.
Bekas graduan bidang kejuruteraan itu sebenarnya mula berusaha untuk memecahkan rekod dunia tersebut sejak beberapa bulan lalu dengan dibantu beberapa program komputer yang canggih.
Holmes yang bekerja di syarikat konsultan reka bentuk dan kejuruteraan, Arup, telah mereka bentuk beberapa menara prototaip digital terlebih dahulu sebelum membina menara sebenar.
"Sebagai jurutera, kami secara konsisten akan mencari penyelesaian kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Memang menyeronokkan apabila berpeluang menggunakan kemahiran saya untuk cabaran seperti ini.
"Bukannya selalu anda boleh memberitahu bahawa anda telah membina menara domino tertinggi di dunia," kata Holmes. [Sumber]
No comments:
Post a Comment