Ni apa ceritanya kat sini?

Belanja Perkahwinan William Cecah RM100 Juta

LONDON - Perbelanjaan bagi kawalan keselamatan sempena majlis perkahwinan pewaris takhta Britain, Putera William dan tunangnya, Kate Middleton dijangka mencecah sehingga 20 juta pound (RM100 juta). 

Ribuan pegawai polis yang bakal mengawal keadaan pada hari perkahwinan itu akan dibayar gaji harian dua kali ganda lebih tinggi kerana perlu bekerja pada hari cuti umum. 

Kos itu mengatasi perbelanjaan keselamatan yang diperlukan semasa protes besar-besaran yang tercetus pada sidang kemuncak G20 di London pada 2009 yang hanya berjumlah 7.4 juta pound (RM37 juta). 

Sebagai perbandingan, kos kawalan keselamatan pada majlis perkahwinan mendiang ibu William, Puteri Diana dengan Putera Charles dianggar bernilai 12 juta pound (RM60 juta). 

Perkahwinan William yang dijadual berlangsung pada 29 April depan dijangka menjadi majlis dengan kawalan keselamatan paling mahal pernah diadakan di Britain. 

Majlis itu akan dihadiri beberapa keluarga diraja lain selain lebih 50 ketua negara asing yang dijemput oleh pasangan bahagia itu. 

Petikan: Sinar Harian


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...