Ni apa ceritanya kat sini?

Saintis Temui Bakteria Pada Tahi Bintang

GAMBAR menunjukkan bakteria yang ditemui pada tahi bintang (kanan)
sama dengan bakteria Titanospirillum velox (kiri) yang ditemui di bumi. 

WASHINGTON - Seorang saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendakwa dia menemui sejenis bakteria pada tahi bintang yang terhempas ke bumi, lapor sebuah akhbar semalam. 

Saintis NASA itu, Dr. Richard Hoover berkata, dia telah mengembara mengelilingi dunia seperti di Antartika, Siberia dan Alaska selama 10 tahun untuk mengkaji kewujudan bakteria tersebut. 

Menurutnya, bakteria itu dikenali sebagai CI1 carbonaceous chondrites. 

Saintis itu menyatakan hanya terdapat sembilan jenis sahaja bakteria itu di bumi. 

Dr. Hoover menyatakan ia kelihatan serupa dengan bakteria yang terdapat di bumi seperti Titanospirillum velox. 

Dia telah mengumpulkan setiap batu dari tahi bintang yang terhempas, pecahkan batu-batu tersebut dan membuat imbasan untuk mencari fosil yang masih tertinggal. 

Saintis itu menyatakan kemungkinan setiap organisma yang berada di alam semesta adalah akibat daripada tahi bintang yang jatuh di bumi. 

Hasil penemuannya itu diterbitkan dalam Journal of Cosmology edisi Mac. - Agensi

Petikan: KOSMO


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...