Ni apa ceritanya kat sini?

China Guna Telefon Bimbit Pantau Lalu Lintas


BEIJING - Kerajaan China merancang untuk menggunakan telefon bimbit milik rakyat bagi memantau keadaan lalu lintas di seluruh negara itu, semalam. 

Suruhanjaya Sains dan Teknologi Beijing mengumumkan akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbesar negara, China Mobile, untuk menubuhkan sistem yang mengumpul maklumat lokasi 17 juta penduduk Beijing dengan menjejak isyarat telefon bimbit mereka. 

Tujuan pihak berkuasa menjejak isyarat telefon bimbit rakyat adalah untuk mengumpul maklumat keadaan lalu lintas untuk pengurusan trafik yang lebih baik, termasuk menyemak kesesakan trafik. 

Namun, langkah ini menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat di negara itu kerana maklumat yang dikumpulkan daripada telefon bimbit mereka dikhuatiri disalahguna dalam pelbagai cara. 

Laporan sebelum ini menunjukkan, terdapat 23 kes berbeza direkodkan, di mana orang ramai mengadu mengenai kecurian maklumat daripada telefon bimbit mereka yang disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab dan syarikat telekomunikasi. 

Petikan: Sinar Harian




No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...