Tweet |
Salam. Rasanya, korang yang baca blog ini, tentu ada perasan ada link untuk download lagu mp3 dan lain-lain. Baguslah, kalau korang perasan. Dah tentu korang tahu caranya lepas korang klik kat nama lagu mp3 atau lain-lain fail itu. Tapi macam mana pulak kalau ada antara korang yang tak tau cara nak download fail dari link dalam blog ini? Gini la, kat bawah ni akan kutunjukkan cara-cara memuat turun fail dari 4shared.com:-
- Lepas korang klik link yang ada dalam blog ini, akan muncul flash player (macam kat dalam YouTube) untuk korang preview fail tertentu yang korang nak download tu (contohnya, mp3, mp4) dan juga butang yang tertera "Muat turun sekarang" Kalau korang tahu fail yang nak didownload tu, dan lebih cepat, terus klik jer butang yang tertera "Muat turun sekarang" (Kalau tak tahu, atau tak pasti, klik jer flash player tu, (mp3, mp4 dll) untuk korang nak review sorang-sorang.)
- Lepas klik butang "Muat turun sekarang", ia bertukar kepada tulisan ini "Your download link will appear after wait". Bila keluar jer tulisan ini, maka, korang terpaksalah tunggu kerana pihak 4shared seperti sengaja nak 'mendera' kita dengan menghitung 'masa menunggu' (countdown) lebih lama dan biarkan masa itu berlalu supaya link download lambat keluar. Malahan, 'masa menunggu' pulak berbeza-beza mengikut saiz fail. Lebih besar saiz failnya, lagi lamalah kena tunggu.
- Dah lama menunggu? OK, dan apabila kiraan 'masa menunggu' (countdown) tamat (mencapai "00"), maka muncul tulisan ini:- "Download file now". Fuhh, lega bila nampak tulisan ini, so, korang terus jer klik tulisan tu, dan MULAKAN DOWNLOAD ANDA SEKARANG! ;D
Itu sajalah yang aku nak cerita kat korang semua pasal cara nak download fail dari link yang ada dalam blog ini.
----MULAKAN DOWNLOAD ANDA SEKARANG!!!----
(UPDATED (5-12-2012) : Sekarang ni, 4shared dah tak mesra pengguna dah.... bukan macam dulu! Dulu, korang boleh download apa saja dengan bebas, sesuka hati korang, tak payah login (bagi yang takde akaun 4shared la...)... Itu dulu....
Sekarang? Huh, dah tak boleh dah... kalau nak download, kena login dulu kat 4shared dulu, baru boleh download... Tapi tak susah nak login ke website 4shared ni, sebab korang boleh login dengan akaun laman sosial korang sendiri - Facebook, Twitter dan Google+. Pastu, cari la apa-apa yang korang nak download kat 4shared tu. Tu jer.)
P/s : Alternatif lain untuk mendownload - mp3skull [LINK]
4shared helps to share any data to your friends quickly, with easy application utility.
ReplyDeleteIf you are interested can refer to the application: 4shared mp3