Ni apa ceritanya kat sini?

Lahar Api dari 'Pintu ke Alam Neraka'

Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal.
Dari jauh kelihatan dua lelaki sedang berdiri berhampiran
pintu ke alam neraka. Pakar geologi berharap api yang
membakar gas berkenaan dapat dipadamkan tetapi gagal. 

Pada pandangan pertama, ia mungkin salah satu dari babak dramatik filem fiksyen sains, tetapi lubang lahar berapi di tengah Gurun Karakum, Turkmenistan sebenarnya disebabkan kesilapan manusia lebih 40 tahun lalu. 

Selamat datang ke Derweze atau lebih dikenali sebagai 'pintu ke alam neraka'. 

Pada 1971 lalu, sekumpulan pakar geologi Kesatuan Soviet melakukan kerja menggerudi dan mengorek ke dalam sebuah gua besar yang penuh dengan sumber gas asli, tetapi terpaksa dihentikan kerana lantainya runtuh dan mewujudkan satu lubang besar bersaiz 70 meter. 

Kumpulan itu kemudian membakar lubang berkenaan kerana bimbang ia akan mengeluarkan sejenis gas beracun. 

Sebaliknya lubang berkenaan terbakar sehingga ke hari ini. 

Kebakaran lubang gas itu boleh dilihat dari jarak satu kilometer sekitar Derweze. 

Pada April 2010, Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedow mengarahkan pihak berkuasa menutup lubang tersebut. [Sumber


1 comment:

  1. betapa besarnya,, effect prbuatan manusia,, yang tidak berfikir panjang before doing something,,,

    ReplyDelete

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...