Ni apa ceritanya kat sini?

Meriam Ramadan Teruskan Tradisi Berpuasa Di Makkah

Meriam yang terletak di Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa), di Makkah.
Meriam yang terletak di Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa) di Makkah. 

MAKKAH: Sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk bandar suci ini mendengar bunyi tembakan meriam sepanjang Ramadan setiap tahun. 

Kerana sudah terlalu biasa, ramai penduduk, baik tua mahupun muda, tidak akan berbuka selagi mereka tidak mendengar bunyi tembakan meriam itu. 

Selain sebagai tanda waktu berbuka, meriam itu yang terletak kawasan yang dinamakan penduduk Makkah sebagai Gunung Meriam (Jabal Al-Midfa) juga digunakan untuk menandakan waktu Imsak dan permulaan bulan Ramadan. 

“Kami sudah terlalu biasa mendengar meriam Ramadan yang menandakan permulaan bulan puasa dan tanda waktu berbuka sehingga ada di kalangan kami tidak akan berbuka selagi tidak mendengar bunyi meriam itu. 

“Bunyi tembakan meriam Ramadan terlalu sukar untuk dipisahkan dengan bulan puasa. Ia menghidupkan suasana istimewa dalam bulan puasa ,” kata penduduk Makkah, Osama Turki. 

Ia menembak sekali untuk tanda berbuka, sekali untuk mengejutkan penduduk supaya bersahur dan dua kali sebagai tanda Imsak. 

Ini bermakna ia melepaskan 120 tembakan sepanjang Ramadan dan sepanjang hayatnya sejak 50 tahun lalu, 6,000 tembakan sudah dilepaskan. 

“Anggota keluarga saya akan berebut-rebut menanti di bumbung rumah ketika hampir waktu berbuka, melihat ke arah Gunung Meriam. Ia satu keseronokan. Saya tidak dapat bayangkan bulan puasa tanpa meriam itu,” kata Osama. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...