Ni apa ceritanya kat sini?

Martabat Orang Berpuasa


:: MARTABAT ORANG BERPUASA :: 

Orang yang bepuasa itu ada tiga martabat, iaitu: 
a. Martabat puasa orang 'Mubtadi' (orang awam). 
b. Martabat puasa orang 'Mutawasid' (murid). 
c. Martabat puasa orang 'Muntaha' (orang 'arif) 

a. Orang mubtadi berpuasa drengan cara menahan makan dan minum pada waktu siang hari dan menahan diri daripada persetubuhan (jimak) pada siang hari serta berniat pada waktu malam. 

b. Orang mutawasid pula berpuasa dengan cara menahan semua anggota yang tujuh daripada melihat yang haram, seperti perempuan yang bukan muhrim, menahan lidah daripada mengumpat dan bercakap bohong, menahan telinga daripada mendengar perkataan sia-sia dan mendengar orang mengumpat, menahan tangan daripada mengambil benda yang haram, menahan kaki daripada pergi ke tempat-tmpat yang haram dan menahan kemaluan daripada yang haram. Kata orang mutawasid kepada orang mubtadi: "Penat sahaja berlapar dan dahaga tak ada faedah puasanya." 

c. Orang muntaha berpuasa dengan cara mengawasi (memelihara) hati daripada bercita-cita untuk mendapatkan kemuliaan dunia dan menahan (mengawasi) hati daripada teringat kepada yang lain selain ALLAH Taala. Inilah puasa orang muntaha. 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...