Ni apa ceritanya kat sini?

Manchester United Disenaraikan Di Bursa Saham New York

Manchester United FC

Manchester United (MU) telah membuat permohonan untuk membuat penyenaraian di bursa saham Amerika Syarikat (AS) bagi menjana modal AS$100 juta (£64 juta atau RM300 juta). 

Dalam dokumen difailkan di Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, gergasi Liga Perdana Inggeris itu menyebut bahawa pihaknya mahu menyenaraikan syarikat kelab ternama ini di Bursa Saham New York. 

Sebelum ini kelab itu telah menerokai peluang kemungkinan membuat penyenaraian di Singapura. 

Laporan BBC menyebut bahawa MU, antara kelab yang memperoleh sokongan padu di dunia, mahu menggunakan modal yang dijana menerusi penyenaraian untuk membayar balik hutangnya. 

Kelab itu dikuasai sejak 2005 oleh keluarga Glazer. 

Bagaimanapun, menurut laporan itu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia berhadapan dengan masalah hutang yang besar meskipun mengambil pelbagai usaha pemasaran dan promosi di peringkat global. 

"Kami berhasrat untuk menggunakan keseluruhan hasil bersih daripada penyenaraian ini untuk mengurangkan (beban) hutang kami," kata MU dalam prospektus, dipetik laporan BBC. 

Sehingga April lalu, kelab itu disenaraikan sebagai salah satu daripada 50 pasukan sukan paling bernilai di dunia. Nilainya dianggarkan £1.4 bilion (RM6.9 bilion). 

Selepas disenaraikan di Bursa Saham London pada 1991, kelab itu dibeli oleh Malcolm Glazer pada Mei 2005 pada harga £800 juta (RM3.9 bilion). 

Sehingga 31 Mac lalu, hutang kelab itu dianggarkan £423.3 juta (sekitar RM2 bilion). [Sumber]


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...