Ni apa ceritanya kat sini?

Biri-Biri Afrika Selatan Dipasang Dengan Telefon Bimbit

Biri-Biri Di Afrika Selatan Dipasang Dengan Telefon Bimbit

Seorang peladang di negara ini memantau ‘panggilan’ telefon daripada ternakan biri-birinya selepas melengkapkan haiwan berkenaan dengan telefon bimbit bagi mengesan pergerakannya ekoran kecurian haiwan itu baru-baru ini, menurut laporan akhbar tempatan semalam. 

Apabila ‘panggilan’ dibuat, ia selalunya adalah berita buruk buat peladang terbabit, Erard Louw dari pinggir Cape Town, kerana telefon bimbit di leher haiwan berkenaan hanya dihidupkan ketika ia mula berlari, tanda menunjukkan pencuri telah menceroboh masuk ke dalam kurungan. 

“Apabila haiwan itu mula berlari ia akan memberikan panggilan dan berbunyi ‘biri-biri satu’ atau ‘biri-biri dua’, jadi sekurang-kurangnya saya tahu di mana hendak mencari kerana ladang ini seluas 750 hektar,” katanya kepada akhbar harian The Cape Times. 

Louw memasang alat keselamatan seperti telefon itu di tengkuk empat ekor biri-biri dalam kumpulan berasingan selepas pencuri menceroboh masuk dan mencuri 27 ekor biri-biri dan 13 ekor kambing dua minggu lalu. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...