Tweet |
Apple dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan versi iPad mini yang lebih kecil dan dijangka dipasarkan sebelum Krismas.
IPad mini itu difahamkan hanya berukuran kurang daripada 20.32 sentimeter berbanding saiz asal sekarang, 24.63 sentimeter dan ia lebih murah.
Apple terkenal dengan sifat berahsia tentang inovasi teknikal produk mereka dan khabar angin berhubung iPad mini itu datang negara-negara timur, tempat gajet-gajet syarikat tersebut dihasilkan.
Khabar angin yang dilaporkan oleh Bloomberg dan Wall Street Journal itu memetik beberapa sumber dalaman Apple yang tidak mahu disebutkan namanya.
''Apple tidak akan memberi komen tentang sebarang khabar angin dan spekulasi,'' kata jurucakap dari United Kingdom.
Ketika ini, kos sebuah iPad adalah melebihi £399 (RM1,966) dan sumber dalam industri memberitahu, iPad mini itu adalah reaksi kepada pesaing tablet seperti Google yang melancarkan Nexus 7 dengan harga £159 (RM784).
Blog-blog teknologi dari negara-negara timur juga membayangkan Apple akan membuat satu majlis pelancaran tidak lama lagi.
Penganalisis Shaw Wu, Sterne Agee meramalkan pelancaran oleh Apple itu akan menjadi tamparan kepada pesaing Android.
''Ia akan menjadi mimpi ngeri mereka,'' kata Agee.
Pengasas Apple sebelum ini, mendiang Steve Jobs dilaporkan berkata pada 2010, dia berkeras menentang pelancaran iPad yang lebih kecil.
''Faktor utama kita tidak mahu menjual tablet bersaiz 17.78 sentimeter adalah kerana kita tidak mahu mencapai harga yang paling rendah,'' kata Jobs. [Sumber]
No comments:
Post a Comment