Tweet |
‘Kapal angkasa’ yang pernah digunakan dalam rancangan bersiri televisyen Star Trek kini berkarat dan menunggu untuk dibaik pulih. |
Sebuah ‘kapal angkasa’ yang digunakan dalam rancangan bersiri televisyen Star Trek sekitar tahun 1960-an, dijual pada harga 45,000 pound (RM222,558) dalam satu lelongan di sini baru-baru ini.
Ia dijual oleh seorang pengumpul barang di Ohio dan kini berada dalam simpanan sekumpulan peminat fanatik menggelarkan diri mereka The Galileo Restoration, yang bercadang untuk membaikinya.
Kumpulan yang memenangi bidaan itu telah berjanji untuk membaik pulih kapal angkasa berkenaan dan membawanya ke ulang tahun Star Trek ke-50 pada 2016 serta mencari sebuah muzium untuk menempatkan kenderaan tersebut.
‘Rangka’ kapal berkarat itu memerlukan banyak kerja baik pulih dan dilihat berbeza sama sekali semasa zaman kegemilangannya pada 1960 ketika digunakan oleh Kapten Kirk dan Spock.
Ia sebelum ini dimiliki oleh seorang pengumpul barang, Lynne Miller yang menyimpannya selama lima tahun di Ohio.
Dia membeli ‘kapal angkasa’ itu sekitar tahun 1980-an pada harga AS$3,000 (RM9,550). [Sumber]
No comments:
Post a Comment