Ni apa ceritanya kat sini?

Debat Politik di TV Kecoh (Video)

MOHAMMAD (kanan) menghampiri Mansour sambil mengeluarkan pistol dari jaketnya (bulatan merah).
MOHAMMAD (kanan) menghampiri Mansour sambil mengeluarkan
pistol dari jaketnya (bulatan merah). 

Perdebatan secara langsung antara dua ahli politik yang bermusuhan di televisyen negara ini berakhir dengan pergaduhan apabila seorang daripada lelaki berkenaan mengeluarkan sepucuk pistol. 

Ahli Parlimen, Mohammad Shawabka turut melemparkan kasutnya ke arah musuhnya, aktivis politik, Mansour Sayf al-Din Murad, ketika kedua-duanya saling berbalas penghinaan selepas berbincang mengenai pemberontakan di Syria di saluran TV swasta, Jo Sat. 

Kejadian itu tercetus selepas Mansour menuduh Mohammad menjadi ejen untuk ejen perisikan Israel, Mossad. “Kamu adalah ejen Mossad", kata Mansour. 

Mohammad kemudian menjawab: “Kamu pula penyangak” sebelum melemparkan kasutnya ke arah Mansour sebagai tanda penghinaan paling buruk di dunia Arab. Ketika pengacara Mohammed Habashneh cuba menenangkan keadaan, Mansour menolak meja dan kemudian berlari ke arah Mohammad. Ketika itulah, Mohammad meraba jaketnya dan mengeluarkan sepucuk pistol kecil berwarna perak. 

Kedua-duanya berterusan menjerit sambil tolak-menolak antara satu sama lain sebelum rancangan itu ditamatkan walaupun Mohammad dilihat memasukkan semula senjata itu ke dalam ikatan pinggang di seluar panjangnya. Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu. Tidak diketahui sama ada pistol itu betul ataupun palsu. [Sumber



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...