Tweet |
MINNEAPOLIS - Syarikat Delta Air Lines kini sedang menyiasat bagaimana beberapa jarum ditemui terselit di dalam sandwic yang disediakan untuk empat penerbangan dari Amsterdam ke Amerika Syarikat.
Jurucakap sistem penerbangan itu, Kristin Baur menyatakan mereka menerima laporan tersebut pada Ahad lalu, di mana enam sandwic didakwa mengandungi jarum.
Seorang daripada penumpang pesawat ke Minneapolis dilaporkan cedera tetapi mangsa enggan mendapatkan rawatan lanjut.
"Pemeriksaan terhadap penyediaan makanan telah dipertingkatkan. Kami akan menggunakan makanan dalam bungkusan sementara siasatan masih dijalankan," katanya. [Sumber]
No comments:
Post a Comment