Ni apa ceritanya kat sini?

Perkara-perkara yang biasa korang pernah buat masa kecik-kecik dulu :)

Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.


Adakah semasa kecil dulu anda pernah buat perkara perkara berikut? 

1. Buka kipas meja, cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.

4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.

5. Masa sekolah, ade orang datang jual vitagen / susu / buku / barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.

6. Lukis burung guna huruf M atau V

7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit

8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni ---> ♥

9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.

10. Kalau tak siap kerja sekolah, sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.

11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.

12. Main game Pacman atau Mario

13. Main tanah / main longkang

14. Mintak biodata kawan2

15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.

16. Buat jet kertas

17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.

18. Lawan pemadam / main ceper

19. Main getah

20. Minum air panas dalam piring 

Kenangan yang terindah? Anda mesti pernah mengalaminya bukan? 

[Dipetik dari FB] 


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...