Tweet |
Seekor semut yang dipasang dengan radio kecil untuk tujuan eksperimen oleh Universiti York. |
Sebanyak 1,000 ekor semut spesies Formica lugubris dikenali sebagai hairy wood ant akan dipasang sejenis alat radio kecil bagi melihat mereka berkomunikasi dan bergerak dalam sarang mereka.
Ia merupakan eksperimen kali pertama di dunia dan akan diadakan di Longshaw Estate, Derbyshire di bawah projek selama tiga tahun oleh Universiti York.
Kawasan yang dilindungi tersebut mempunyai lebih 1,000 sarang spesies semut terbesar di Britain.
Pakar akan menangkap semut secara berhati-hati dan kemudian memasang alat radio sebesar satu milimeter itu.
Seekor semut dewasa adalah sebesar kuku ibu jari manusia.
Ahli biologi dari universiti tersebut, Samuel Ellis berkata, kajian itu akan melihat bagaimana semut berkomunikasi dan bergerak dalam sarang yang kompleks dan besar selain pergerakan di persekitaran mereka.
''Alat radio ini berfungsi seperti kod bar untuk menanda setiap ekor semut,'' katanya.
[Sumber]
No comments:
Post a Comment