Ni apa ceritanya kat sini?

Universiti AS Bersikap Perkauman

[Sather Gate at UC Berkeley - Source: Google] 

CALIFORNIA - Satu kumpulan penuntut di sebuah universiti di California, Amerika Syarikat mencetuskan kontroversi berhubung rancangan mereka untuk mengenakan bayaran mengikut etnik dan jantina pembeli dalam satu jualan kek, hari ini. 

Bagaimanapun, penuntut Universiti California, Berkeley, menegaskan acara itu adalah sebagai tanda protes kepada sistem pendidikan negara tersebut yang mengutamakan penduduk kulit putih. 

Laman Facebook kumpulan penuntut Kampus Republikan tersebut menyenaraikan harga makanan termasuk kek dan roti mengikut bangsa dan jantina. 

“AS$2 (RM6) untuk kulit putih, AS$1.50 (RM4.50) untuk bangsa Asia, AS$1 (RM3) untuk Hispanik, AS$0.75 (RM2.25) untuk pembeli berkulit hitam serta AS$0.25 (RM0.75) untuk orang asli Amerika dan semua wanita!,” menurut laman itu. 

Presiden Kampus Republikan, Shawn Lewis berkata, idea untuk mengadakan jualan tersebut bertujuan menekankan kewujudan undang-undang yang membenarkan universiti awam di California mempertimbang bangsa dan jantina semasa proses pemilihan penuntut. 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...