Ni apa ceritanya kat sini?

8.7 juta Spesies Di Bumi

TORONTO - Saintis mendakwa mereka akhirnya berjaya mengetahui berapa banyak spesies haiwan dan tumbuhan yang berada di muka Bumi, iaitu 8.7 juta spesies. 

Angka itu diperoleh selepas saintis menggunakan pengiraan matematik tahap tinggi yang dipercayai memberi jawapan paling tepat setakat ini. 

Sebelum ini, saintis menganggarkan jumlah spesies di Bumi berada dalam lingkungan tiga juta sehingga 100 juta spesies. 

Kumpulan penyelidik dari Kanada itu berharap nilai panduan itu akan membantu saintis mencari spesies yang belum ditemui serta menentukan jumlah spesies yang telah pupus. 

Pakar haiwan dan botani mula menyimpan data spesies sejak 250 tahun lalu tetapi sehingga kini hanya 1.2 juta spesies haiwan dan tumbuhan ditemui. 

Setiap tahun, 6,000 spesies baru dilaporkan ditemui dan jika ia berterusan pada kadar itu, saintis memerlukan sehingga 1,200 tahun lagi untuk mencari kesemua 8.7 juta spesies. 

Anggaran terbaru itu turut mencatatkan sebanyak 6.5 juta spesies haiwan dan tumbuhan hidup di darat manakala 2.2 juta lagi di dalam laut. 

Menurut saintis, 86 peratus spesies di darat dan 91 peratus spesies di laut masih belum ditemui. 

Petikan: Sinar Harian



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...