Ni apa ceritanya kat sini?

Sayur Dan Buah Jadi Kanvas Seni


BERLIN - Dengan kerja tangan penuh tumpuan dan ketelitian, semua pengukir berbakat ini berjaya menghasilkan ukiran cantik dan mengagumkan hanya dengan menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kanvas seni mereka. 

Antara yang paling menarik perhatian adalah ukiran burung helang dihasilkan pengukir Rusia, Vadim Nefedjev semasa pertandingan mengukir Eropah di Leipziq, timur Jerman, minggu ini. 

Pertandingan ukiran itu disertai 26 pengukir dan 11 pasukan dari seluruh dunia dan diadakan sebagai sebahagian daripada pesta perdagangan Gaeste, iaitu pesta antarabangsa melibatkan perniagaan restoran, hotel dan katering. 

Kesemua pengukir hebat ini diberikan tempoh empat jam bagi menyiapkan karya masing-masing dengan menggunakan bahan seperti tembikai, betik, sayur kobis, timun, lobak dan labu. 

Petikan: Sinar Harian 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...