Tweet |
Rasanya, korang sendiri ada perasan, ada burung kaler biru yang terbang bebas dalam blog ini. Haa, kalau korang nak tahu, burung itulah adik beradik kepada burung twitter. Camana? Cute tak burung tu? Hehehe... Paling best burung camni, macam yang aku cakap dari awal lagi, terbang bebas ke mana-mana sahaja.... bila kita scroll blog, dia terbang, bila berhenti scroll, dia 'landing', siap jeling lagi kat korang yang tengah asyik baca blog ini...... haa, yang macam ni tak ler boring sangat daripada button follow twitter yang biasa, ataupun button follow twitter yang ada gambar burung sekalipun....
Burung terbang itu, apabila korang letakkan kursor mouse kat badan dia, akan mengeluarkan 2 tulisan di sebelah kanan badan dia, iaitu follow me dan tweet this. Fungsi 2 tulisan tersebut, iaitu:
- follow me - mewakili diri korang sendiri dalam twitter, jadi sesapa yang ada twitter tu, tentulah dorang teringin nak follow korang, kan? :)
- tweet this - untuk korang atau sesapa yang ada twitter, tweet atau share post dalam blog ke twitter.
Setakat yang aku tahu, platform blog yang support burung twitter terbang ni, cuma blogspot dan wordpress self-hosted saja.... Yang lain-lain, entah la....
Korang nak ker burung twitter terbang ni terbang dalam blog korang sendiri? Kalau nak, meh aku tunjukkan caranya.....
Mula-mula, korang ikuti arahan di bawah ini. Kita mulakan dengan BLOGSPOT dulu...
1. Masuk akaun blogger > dashboard > nama blog korang > layout > add a gadget > HTML/Javascript
2. Copy kod di bawah, dan paste ke HTML/Javascript.
(Lebih mudah jika menggunakan button Ctrl+A, kemudian tekan Ctrl+C untuk copy kod itu)
3. Lihat dengan teliti, cari perkataan yang ditulis dengan HURUF BESAR, dan tukarkan perkataan tersebut dengan maklumat yang berkenaan. (Gunakan Ctrl+F atau F3, kemudian type atau copy perkataan dibawah ini)
TWITTER_USER_ID = id twitter korang
BLOG_URL = url atau address website atau blog korang
4. Save dan lihat hasilnya. :)
(Kalau ada burung terbang dalam blog korang, jawabnya, sudah jadi la jawabnya....)
Panduan yang diterangkan di atas hanyalah untuk blogspot sahaja.
Untuk blog WORDPRESS self-hosted, pulak, cara - caranya adalah seperti berikut:
- Korang tengok balik "Mula-mula, korang ikuti arahan di bawah ini. Kita mulakan dengan BLOGSPOT dulu...."
- Copy kod seperti yang tertera pada langkah no 2.
- Tukar maklumat berkaitan pada langkah no 3 dengan maklumat berkaitan korang sendiri.
- Akhir sekali, masukkan kod itu ke bahagian footer.php (bagi wordpress) sebelum kod </body>.
(Kredit: aizuddin.com)
No comments:
Post a Comment