Ni apa ceritanya kat sini?

Google Papar Logo Khas Raya-Merdeka



KUALA LUMPUR – Mereka yang melayari laman web Google hari ini (semalam) menemui hadiah istimewa daripada Google Malaysia, yang memaparkan logo unik bagi meraikan sambutan berkembar rakyat Malaysia iaitu Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan. 

Pelawat google.com.my akan dapat melihat logo atau “doodle” Google dihiasi ketupat dan bendera Malaysia bagi menggambarkan ’Merdeka Raya’. 

"Kami gembira dapat menambah satu rekaan mengenai Malaysia yang istimewa pada senarai doodle kami, khususnya memandangkan tahun ini sambutan berganda yang amat jarang berlaku. 

"Walaupun Google merupakan jenama global, kami mahu seboleh mungkin memaparkan ciri tempatan mengikut cara kami. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya dan Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia,” kata Sajith Sivanandan, ketua negara bagi Google Malaysia dalam kenyataan. 

Selama bertahun-tahun, Google menggembirakan pelayarnya menerusi logo sedemikian. – Bernama 

Petikan: KOSMO



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...