Ni apa ceritanya kat sini?

Polis Sembunyi Dalam Belukar Untuk Tangkap Pemandu Laju



GAMBAR dalam bulatan menunjukkan lokasi persembunyian 
anggota-anggota polis di Dollar, Scotland pada 17 Ogos lalu. 


DOLLAR, Scotland – Beberapa anggota polis bersembunyi di dalam belukar di sini untuk menahan pemandu yang memandu kereta dengan laju, lapor sebuah akhbar semalam. 

Taktik itu tidak menyalahi undang-undang kerana mereka tidak menggunakan alat pengesan kelajuan yang perlu dilihat orang ramai. 

Anggota-anggota polis itu akan menahan kereta yang dipandu laju dengan serta-merta di lokasi tersebut. 

Perbuatan anggota-anggota polis itu dirakamkan oleh seorang penduduk tempatan, Mike Day. 

Namun, beberapa pengkritik berkata, tindakan polis itu akan menyebabkan pemandu menekan brek dengan tiba-tiba kerana mereka melihat anggota-anggota polis tersebut keluar dari belukar. – Agensi 

Petikan: KOSMO 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...