Ni apa ceritanya kat sini?

Walnut Kurangkan Risiko Barah Payudara

LONDON - Kajian terbaru terhadap tikus menunjukkan kemungkinan untuk mendapat barah payudara menurun dengan banyak selepas pengambilan kacang walnut. 

Menurut laporan kajian diterbitkan di dalam jurnal Nutrisi dan Barah itu, tikus yang diberikan walnut sebagai sebahagian daripada diet harian mempunyai risiko 50 peratus lebih rendah untuk mendapat barah payudara. 

Selain itu, jumlah dan saiz tumor yang ditemui dalam pemakan walnut juga jauh lebih kecil. 

“Kami percaya kajian ini menunjukkan manusia mampu mengurangkan risiko barah melalui pemakanan walaupun individu itu telah mengalami mutasi genetik yang boleh menjadi penyebab barah,” kata ketua penyelidik, Elaine Hardman. 

Petikan: Sinar Harian 



No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...