Ni apa ceritanya kat sini?

Candy Crush dimuat turun 500 juta kali di seluruh dunia


Candy Crush dimuat turun 500 juta kali 

LOS ANGELES - Permainan atas talian terkenal, Candy Crush dilapor telah dimuat turun sebanyak setengah bilion kali oleh pemain di seluruh dunia. 

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan oleh pereka permainan tersebut, syarikat King.com ketika menyambut ulang tahun pertama keluarannya dalam platform gajet mudah alih, di sini baru-baru ini. 

"Sehingga kini, terdapat kira-kira 150 bilion pemain Candy Crush di seluruh dunia. 

"Seorang daripada 23 pengguna laman sosial Facebook adalah peminat Candy Crush," menurut syarikat tersebut. 

King.com turut menyatakan bahawa tempoh masa yang paling kerap digunakan oleh pemain untuk bermain Candy Crush adalah dari pukul 6 petang hingga 9 malam. 

Selain itu, sebanyak 61 peratus pemain Candy Crush di United Kingdom mengakui bahawa mereka sering bermain permainan itu ketika menaiki pengangkutan awam. 

Hari Ahad juga merupakan hari paling popular untuk bermain Candy Crush, selain sebanyak 78 peratus pemain di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mereka menikmati permainan video tersebut ketika menonton televisyen. 

Kebanyakan pemain Candy Crush menyatakan, tahap ke-65 merupakan bahagian yang paling sukar untuk dilepasi. 

Dalam beberapa minggu akan datang, King.com akan memperkenalkan terma terbaharu dalam rangkaian permainan dalam taliannya, termasuk Candy Crush. [Sumber

P/S : game versi Windows takde ker? huhuhu

No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...