Ni apa ceritanya kat sini?

Kerana 'cinta' sepasang anjing, pemiliknya bertemu jodoh

GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka.
GAFFEY dan Claire bersama anjing mereka. 

Anjing bawa jodoh 

London: Semuanya bermula gara-gara sepasang anjing milik dua individu cacat penglihatan, Venice dan Rodd. 

Kedua-dua anjing itu dibawa pemilik mereka menghadiri latihan selama dua minggu dan akhirnya haiwan berkenaan menjadi rapat. 

Keadaan itu kemudian mendorong pemilik Venice, Claire Johnson, 50, berkenalan dengan tuan Rodd, Mark Gaffey, 52. 

Dalam tempoh dua minggu menghadiri kursus berkenaan, bukan saja Venice dan Rodd menemui pasangan, sebaliknya Claire dan Gaffey saling berkenan dan mula bercinta. 

Sebelas bulan kemudian, pasangan Claire dan Gaffey akhirnya memutuskan untuk berumah tangga. 

Media semalam melaporkan, Gaffey mengesyaki Venice dan Rodd mengetahui sesuatu yang tidak mereka sangka. “Venice dan Rodd sentiasa bermain bersama-sama dan jurulatih kami memberitahu, anjing peliharaan kami sedang bercinta,” katanya ketika ditemui. 

Dalam keadaan begitu, kata Gaffey, dia juga terdorong untuk mengenali Claire dengan lebih dekat. 

Sementara itu Claire berkata ketika dia tidak akan melupakan detik ditunangkan dengan Gaffey, peristiwa yang menemukan mereka berdua juga akan kekal dalam ingatannya. 

“Kami tidak akan bersama tanpa Venice dan Rodd,” katanya. Di rumah, kata Claire, mereka berkongsi kegembiraan dengan anjing masing-masing. 

“Venice dan Rodd berkongsi katil, sama seperti saya dan Gaffey. 

“Apabila kami dikahwinkan nanti, Venice dan Rodd akan mengiringi kami untuk disahkan sebagai suami isteri,” katanya dalam temu bual. [Sumber

2 comments:

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...