Tweet |
Syarikat Australia cipta bot pasang siap
SYDNEY - Sebuah syarikat Australia mencipta bot pasang siap yang mengambil masa cuma 60 saat untuk dipasang, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pengarah Urusan Quickboats, Deryck Graham berkata, bot sepanjang 3.7 meter dan lebar 1.7 meter itu boleh bergerak selaju 38 kilometer sejam.
"Bot ini diperbuat daripada gentian kaca dan Kevlar," kata Graham.
"Ia mengambil masa tiga minit untuk dipasang oleh seseorang, manakala masa satu minit diperlukan jika dua orang memasangnya," tambah pengarah urusan itu.
Dijual pada harga £2,850 (RM14,066), kenderaan air itu boleh memuatkan empat orang dewasa.
Bot itu akan dipamerkan di Pertunjukan Bot Antarabangsa Australia di sini pada minggu depan.
Menurut Graham, keseluruhan komponen bot itu boleh diisi ke dalam dua buah beg yang setiap satu seberat 36 kilogram (kg) dan 18kg sekali gus memudahkan bot berkenaan dimuatkan ke dalam but kereta. [Sumber]
Video : Cara-cara nak pasang bot Quickboats
No comments:
Post a Comment