Ni apa ceritanya kat sini?

Penerjun 'Superman' beraksi di Barcelona (video)

MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.
MICHAL NAVRATIL melakukan terjunan dengan memakai kostum
Superman pada Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol semalam. 

Penerjun pakai kostum Superman 

BARCELONA - Seorang penerjun pada Kejohanan Terjun Dunia berpakaian seperti adi wira Superman sebelum melakukan terjunannya di Barcelona, Sepanyol, lapor akhbar Daily Mail semalam. 

Michal Navratil yang mengimpikan mahu terbang seperti watak kartun adi wira kegemarannya sewaktu kecil itu bertindak memakai kostum watak Superman ketika melakukan terjunan pada kejohanan berkenaan. 

Aksi ngeri Navratil, 28, yang berasal dari Republik Czech itu dirakam dan mendapat sambutan hangat selepas dimuat naik ke internet. 

Justeru, apabila berpeluang menyertai kejohanan dunia kali ini, dia mengambil kesempatan tersebut dengan membuat terjunan setinggi 27 meter dengan berpakaian Superman. 

"Ia adalah satu impian di zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan. Apabila saya mencecah usia 15 tahun dan menyertai acara terjunan di Prague, salah seorang rakan mencadangkan agar saya melakukan aksi terjunan seperti Superman," katanya. 

Navratil menduduki tangga keempat dalam kejohanan tersebut. Dia mula menyertai sukan terjun akuatik ketika berusia 18 tahun dan melakukan aksi somersault setinggi 20 meter. [Sumber


No comments:

Post a Comment

Kalau sudi, jenguklah sini :)

Blog Ping

Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...